Thursday 27 October 2011

Macam Mana Nak Beli?

Ada yang menghantar pesanan ringkas bertanya tentang bagaimana untuk membeli tudung bawal Aidijuma daripada kami. Berikut adalah jawapan dari kami untuk rujukan awak semua ye!

BAGAIMANA NAK MEMBELI DARIPADA KAMI?

Di bahagian tepi sebelah kanan awak semua ada tertera nombor telefon kami. Pilihlah yang mana satu untuk anda berhubung. Sila SMS area dimana anda berada dan berapa helai yang hendak dibeli. Selepas itu kami akan respon sama ada kami akan berjumpa anda di kawasan berdekatan.

KALAU BELI BANYAK DAPAT DISKAUN TAK?

Kami akan beri diskaun jika awak semua membeli tudung bawal Aidijuma dengan jumlah melebihi 10 helai bergantung kepada budi bicara sesama kita yang dipersetujui. Akan tetapi, jika tempat penghantaran jauh, (di dalam daerah Lembah Klang), kami akan menukarnya dengan kos penghantaran percuma

KALAU NAK TENGOK DULU BOLEH TAK?

Kami faham ada yang ingin merasa dengan jari jemari sendiri akan kualiti tudung bawal Aidijuma dan mencubanya sebelum membeli. Untuk area sekitar UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, kami boleh berjumpa awak semua pada masa dan tarikh yang dipersetujui. Untuk kawasan-kawasan lain, bergantung kepada keadaan dan berapa banyak yang ingin dibeli.

MACAM MANA NAK PILIH WARNA?

Sila lihat warna-warna di laman web aidijuma dan bolehlah beri nombor kod warna. Warna juga bergantung kepada simpanan yang masih ada.


Jika ada sebarang soalan, bolehlah terus hubungi kami...(^_^) 

4 comments:

  1. Tudung bawal aidijuma memang cantik.

    Jom borong beli ramai ramai

    ReplyDelete
  2. bagaimana kalau saya juga nak jadi salah seorang pengedar tudung aJ ni.. bole ke

    ReplyDelete
  3. bagaimana kalau saya juga nak jadi salah seorang pengedar tudung aJ ni.. bole ke

    ReplyDelete
  4. Bagaimana klu saya nak jadi pengedar tudung Aj

    ReplyDelete