Wednesday 26 October 2011

Jom cuba Tudung Aidijuma!

Sekarang ini pelbagai jenis tudung sudah berada di pasaran. Pemakai tudung tidak lagi dipandang sebagai kolot atau out-of-date. Si pemakai tudung bukan sahaja menunaikan kewajipan sebagai seorang wanita Islam, malah dapat juga menampilkan pelbagai gaya dengan tudung yang dipakai.

Kami nak berkongsi dengan awak semua tentang satu lagi jenama tudung yang baru tahun ini dipasarkan. Tudung Aidijuma! Tudung ini adalah hasil cetusan idea oleh Datin Norjuma Habib Mohamed. (awak semua mesti kenal kan?). Tudung yang cuba di'popularkan' semula iaitu tudung bawal!

Dulu, sebelum munculnya era selendang atau shawl, tudung awning dan pelbagai lagi, kita semua memakai tudung bawal kan? Tudung bawal ini ringkas dan si pemakai nampak lebih ayu seperti perempuan melayu terakhir! Hehe..daripada pendapat kami lah.

Awak semua nak tahu? Perkataan 'bawal' itu sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis iaitu 'voile' atau disebut 'voil' yang bermaksud fabrik yang ringan, lembut dan kosong. Ia diperbuat daripada kain kapas, sutera, rayon atau wool. Perkataan ini kemudian di'Melayu'kan sebagai Bawal, mungkin kerana bunyinya hampir sama 'voile'.

Apa lagi awak semua, jom lah kita cuba pakai tudung aidijuma pula. Rasakan sendiri kualitinya yang memang memuaskan! Kalau awak semua berminat, bolehlah menghubungi kami seperti yang tertera di tepi laman blog kami ini. 

Sebagai pengedar, kami menjual dengan harga pasaran seperti berikut;


Tudung bawal kosong satu tona= RM9


Tudung bawal kosong dua tona= RM9


Tudung bawal kosong-bunga lace= RM19

Untuk kenal tudung aidijuma dengan lebih lanjut, awak semua boleh la lawati mukabuku aidijuma.

Terdapat pelbagai lagi pilihan warna menarik!

 



Selamat memakai Tudung Aidijuma!

2 comments:

  1. boleh beli borong x ?
    n klu beli borong stil harga sama ke ?

    ReplyDelete
  2. mcm mana nk jd pengedar tudung aj?

    ReplyDelete